Jumaat, 28 Mei 2010

Mee Sup



Sarapan pagi ni....menu mee sup. Sungguh terharu tengok anak2 bersarapan....

Sabtu, 22 Mei 2010

Kursus First Aid di PBSMM








Tanggal 20 dan 21 Mei 10 telah diadakan kursus 'first aid' peringkat asas di Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Malaysia di Jalan Ampang. Kursus ini dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada peserta kursus tentang pentingnya 'first aid' di dalam situasi kecemasan yang berlaku di tapak bina ataupun di mana jua kemalangan boleh berlaku.


Kandungan kursus banyak melibatkan pelajaran biologi asas (peringkat SPM) di mana aku bekas pelajar aliran teknik tidak pernah belajar mengenainya. Ini telah membuatkan aku confuse untuk menghafal nama-nama tulang dan jantung......


Di akhir kursus telah di adakan ujian bertulis untuk melayakkan peserta kursus menerima sijil yang boleh laku untuk 3 tahun sahaja....


Jadi...bagaimana dengan aku...lulus atau tidak.........jawapannya sure lulus cemerlang. hehehe
Update: keputusan ujian telah diedarkan kepada peserta kursus pada 7 Jun 10. aku mendapat 80%.....yahoooooo. aku lulus

Isnin, 17 Mei 2010

Selasa, 4 Mei 2010

3 Tahun Sudah Berlalu





Hari ini...4 Mei 10 jam 1323H, genap 3 tahun pemergian Allahyarhamah Hajjah Maheran binti Mohd Noor ke rahmahtullah. Semuga rohnya ditempatkan di kalangan para syuhadah dan dicucuri rahmat..





Tanggal ini juga telah meninggalkan satu titik hitam yang tidak akan aku lupakan hingga akhir hayat ku. Hidup bersama dengan Allahyarhamah seawal tahun 1986 banyak meninggalkan kenangan manis yang tidak akan ku lupakan....





Pada tanggal ini juga, 3 tahun lepas aku telah berjanji dengan anak-anak ku dan juga diriku untuk membesarkan mereka semua dengan kasih sayang. Aku bertindak sebagai ayah dan juga sebagai ibu kepada anak-anakku.




Alhamdullilah....sekarang ini aku lebih yakin untuk membesarkan mereka walaupun tanpa isteri yang ku cintai....

Bahasa 2







rosak bahasa..punah