Angah pula balik ke kampusnya di Seri Iskandar dengan ditemani oleh kakakku sekeluarga kerana dari minggu lepas lagi aku demam begitu teruk. Pagi ni aku sempat masak yang simple2 sahaja selepas berbincang dengan dia malam tadi.......daging goreng perisa black pepper. Sekitar jam 0800H aku telah siap masak kerana dagingnya telah ku sediakan dari malam tadi.....small matter je. Then...aku gorengkan ikan terubok masin yang fresh dari pasar Satok, Sarawak. Ikan ni adalah pemberian daripada staf ku yang baru balik bertugas sementara di Kuching.
Dan anakku yang bongsu....Arif...tahun ni kali pertama dia duduk di asrama. Tahun ni dia Tingkatan 1. Kejap je rasanya......dah besar.....arwah emaknya meninggalkan dia ketika dia di tahun 4 ketika bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang. Tahun 5 dibela oleh mak saudaranya di Kuala Pilah dan disekolahkan di Sekolah Tunku Kurshiah.....begitu minat melukis dan tulisan khat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan