Khamis, 25 Februari 2010

Maktab Tentera DiRaja

Petang tadi aku ke MTD untuk berjumpa anak buah ku (Angah) yang kini menuntut di sana. Tujuan ku hanya untuk memaklumkan bahawa dia dapat tawaran untuk belajar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol.

Apabila dia dengar je berita tersebut terus dia minta berhenti dari MTD. Alasannya terlalu letih dengan aktiviti harian....dari pagi sampai ke malam. Dalam hati aku...kalau nak jadi seorang perwira kena tempuh segalanya. Latihan yang diberikan hanyalah untuk menjadikannya sebagai pemimpin yang mempunyai jati diri.

Dari raut wajahnya boleh ditafsirkan dia memang dah bertekad untuk berhenti dan melapor ke sekolah yang baru.

Kepada Angah.....selamat belajar di tempat yang baru, semuga beroleh kejayaan yang cemerlang.

1 ulasan: