Tanggal 28 Jun 10 hingga 30 Jun 10....melaksanakan tugas rasmi di Kem Sri Pantai, Seberang Takir, Terengganu. Pergi dengan pesawat MAS MH1336 dengan menggunakan tiket 'open date' untuk tiket bulan lepas yang tidak digunakan sebab bertindih dengan mesyuarat lain..
Bergerak dari rumah ke KLIA pada 281300H Jun 10 dan sampai di KLIA jam 1400H. Penerbangan jam 1450H. Selepas 'check in' dengan bagasi di 'counter' khas aku terus pergi ke Balai Pelepasan di Pintu A5. Semasa 'check in' aku perasan yang beg aku tidak diletakkan tanda pengenalan seperti biasa. Aku ingat ini prosidur baru untuk 'final call' ke Terengganu kerana aku hanya diberikan slip kecil sahaja yang dilekatkan di belakang tiket.
Sampai Lapangan terbang Kuala Terengganu jam 1545H....seperti biasa le...terus menuju ke tempat untuk mengambil beg. Tunggu punya tunggu beg aku tidak ada...petugas bagasi memaklumkan bagasi sudah tiada dan mengarahkan aku untuk membuat laporan di Pejabat MAS Kargo. Selepas membuat laporan dan staf di bahagian kargo terus menghantar email ke KLIA dan suruh aku 'check' jam 2100H untuk penerbangan akhir ke Kuala Terengganu. Gagal juga beg ditemui. Malam tu..aku kena pergi ke Giant beli semua peralatan kecemasan seperti berus gigi, ubat gigi, seluar dalam, baju T, pewangi ketiak, shaver dan stokin. Malam itu juga staf MAS menelefon aku untuk menyerahkan RM80.00 untuk perbelanjaan kecemasan....beliau juga memaklumkan andaikata jika beg tersebut tidak ditemu juga...MAS akan membuat bayaran gantirugi sebanyak RM70 sekilo.. Beg aku beratnya 12kg.
Keesokannya 29 Jun 10....semasa tengah sarapan MAS menelefon.....beg dah ada dan aku suruh hantar ke Balai Pengawal 18 RAMD.
Tanggal 30 Jun 10....penerbangan balik ke KLIA. Pergi ke 'counter'.....tiket balik pula tidak boleh digunakan kerana atas kertas tertera jam 1005H tetapi di dalam sistem tiket masih lagi jam 1615H. Nasib baik penerbangan tidak penuh...selepas pergi ke Pejabat MAS...akau diberikan tiket baru dan boleh balik ke KLIA dengan penerbangan tersebut.
Rabu, 30 Jun 2010
Isnin, 28 Jun 2010
Gerhana Bulan
Selasa, 22 Jun 2010
Isnin, 21 Jun 2010
Ahad, 20 Jun 2010
Sabtu, 19 Jun 2010
Isnin, 14 Jun 2010
Cuti Sekolah Jun 10
Cuti sekolah ni...tidak semua anak2 berkumpul. Angah mengambil kertas untuk 'short sem'nya bagi meringankannya semasa berada di semester akhir nanti...
Bila anak2 ada di rumah....hatiku tidaklah kesunyian lagi. Apakan daya...anak2 perlu meneruskan alam persekolahan untuk masa hadapan mereka. Aku sebagai ayah hanya dapat memberikan mereka semua perangsang untuk berjaya dalam kehidupan...
Rindu...memang le sentiasa melanda di hati ini....anak2 yang ditatap dari umur 1 hari hingga habis sekolah peringkat rendah....dengan keletah masing2 yang kadang2 bila dikenangkan kembali akan dapat menghiburkan hati ayahnya ini....
along....semasa kecil....kuat menangis tapi sangat manja
angah....hingga umur 2 tahun tidak mesra sangat dengan ayahnya kerana aku melanjutkan pelajaranku
ayang....menangis ketika hari pertama di TADIKA...walaupun kawan2nya ramai
arif....pernah 'hilang' ketika hendak dihantar ke rumah uwan...rupanya dia pergi main dengan anjing garang jiran....sambil tersenyum
Semalam....pergi kenduri kahwin di Ipoh, Perak....anak kawan satu maktab semasa di Mekah... kemudian hantar angah balik ke rumah sewanya di Seri Iskandar.....
Selasa, 8 Jun 2010
Langgan:
Catatan (Atom)