Tanggal 28 Jun 10 hingga 30 Jun 10....melaksanakan tugas rasmi di Kem Sri Pantai, Seberang Takir, Terengganu. Pergi dengan pesawat MAS MH1336 dengan menggunakan tiket 'open date' untuk tiket bulan lepas yang tidak digunakan sebab bertindih dengan mesyuarat lain..
Bergerak dari rumah ke KLIA pada 281300H Jun 10 dan sampai di KLIA jam 1400H. Penerbangan jam 1450H. Selepas 'check in' dengan bagasi di 'counter' khas aku terus pergi ke Balai Pelepasan di Pintu A5. Semasa 'check in' aku perasan yang beg aku tidak diletakkan tanda pengenalan seperti biasa. Aku ingat ini prosidur baru untuk 'final call' ke Terengganu kerana aku hanya diberikan slip kecil sahaja yang dilekatkan di belakang tiket.
Sampai Lapangan terbang Kuala Terengganu jam 1545H....seperti biasa le...terus menuju ke tempat untuk mengambil beg. Tunggu punya tunggu beg aku tidak ada...petugas bagasi memaklumkan bagasi sudah tiada dan mengarahkan aku untuk membuat laporan di Pejabat MAS Kargo. Selepas membuat laporan dan staf di bahagian kargo terus menghantar email ke KLIA dan suruh aku 'check' jam 2100H untuk penerbangan akhir ke Kuala Terengganu. Gagal juga beg ditemui. Malam tu..aku kena pergi ke Giant beli semua peralatan kecemasan seperti berus gigi, ubat gigi, seluar dalam, baju T, pewangi ketiak, shaver dan stokin. Malam itu juga staf MAS menelefon aku untuk menyerahkan RM80.00 untuk perbelanjaan kecemasan....beliau juga memaklumkan andaikata jika beg tersebut tidak ditemu juga...MAS akan membuat bayaran gantirugi sebanyak RM70 sekilo.. Beg aku beratnya 12kg.
Keesokannya 29 Jun 10....semasa tengah sarapan MAS menelefon.....beg dah ada dan aku suruh hantar ke Balai Pengawal 18 RAMD.
Tanggal 30 Jun 10....penerbangan balik ke KLIA. Pergi ke 'counter'.....tiket balik pula tidak boleh digunakan kerana atas kertas tertera jam 1005H tetapi di dalam sistem tiket masih lagi jam 1615H. Nasib baik penerbangan tidak penuh...selepas pergi ke Pejabat MAS...akau diberikan tiket baru dan boleh balik ke KLIA dengan penerbangan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan